• +33 877 554 332
  • admin@abatagroup.com
  • Isnin - Sabtu: 9:00 am - 10:00 pm

PROFIL SYARIKAT


BUNGA JIWA ENTERPRISE telah di tubuhkan pada 29hb Jun 2007. Bermula dengan penjualan produk Kaedah ABATA – ‘Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid’ di laman web http://wajibtajwid.com 

Kini, BUNGA JIWA ENTERPRISE telah berkembang kepada bidang perkhidmatan Kaedah ABATA iaitu mengendalikan kelas mengaji dewasa, bengkel dan kursus yang berkaitan ilmu tajwid Al-Quran. Kelas Mengaji Dewasa Kaedah ABATA bermula pada Januari 2009 atas permintaan pelanggan dan pendekatan pengajian adalah secara  perseorangan.

Semenjak daripada itu, Kelas Mengaji Dewasa Kaedah ABATA semakin hari semakin berkembang dengan bertambahnya bilangan pelajar dan guru.

Kini, Kelas Mengaji Dewasa Kaedah ABATA telah pun mempunyai ‘Standard Operation Procedure’ (SOP) yang unik dan mudah serta boleh membantu pelajar ‘0’ mahir membaca Al-Quran secara bertajwid dengan hanya berguru selama 24jam dalam tempoh 2 tahun. Satu sesi Kelas Mengaji Bertajwid Kaedah ABATA hanya diperuntukkan 10 pelajar sahaja.

VISI SYARIKAT

MISI SYARIKAT 

 

AHMAD SAIPUDIN SAAT

PENGASAS ABATA GROUP

Beliau merupakan seorang “Guru Al Quran Bersanad”. Beliau suka untuk berkongsi cara bagaimana anda “orang awam dewasa” biasa seperti saya boleh membaca Al Quran dengan tajwid yang baik.

Beliau bukanlah seorang yang berpendidikan aliran agama sebaliknya adalah lepasan ijazah aliran kejuruteraan tetapi beliau begitu mengambil berat tentang bacaan Al Quran dan mendalaminya selepas bergelar graduan sejak 1996.

Sekarang beliau mempunyai 1 modul Kaedah Abata yang di susun hasil pengalaman 3 tahun belajar dan 7 tahun mengajar pelajar dewasa yang telah menjalani beberapa ujian keberkesanan pendekatan pembelajaran sejak 2008.

Pendekatan pembelajaran tersebut adalah:

·      Belajar secara sendiri dahulu

·      Belajar individu secara personal coaching

·      Belajar individu secara personal coaching online

Tujuan syarikat ini di buat adalah untuk beliau berkongsi inspirasi dan ilmu yang beliau ada dengan setiap muslim insyaAllah.

Moga-moga boleh memberi manfaat kepada anda.

 

 

Terimakasih

SIJIL DAN PENGESAHAN SYARIKAT

Sijil Pengesahan JAKIM

Sijil Sokongan JAIS

Sijil Sokongan JMNS

Sijil Pengesahan KDN

Sijil Penghargaan SR HIRA'

Sijil Trademark ABATA